Wednesday, October 30, 2013

Tomyam dan kisah keluarga

Oleh kerana tv sedang rosak, jadi aku rasa baik aku menulis di sini.

Aku mahu cerita pengalaman aku di kedai makan. Petang tadi aku sangat mengidam makan tomyam, jadi aku pun cari kedai makan untuk tapau. Ada satu kedai saja yang baru buka, dan mana kedai itu adalah tomyam seafood. Walaupun mula-mula aku agak berkira-kira untuk masuk kerana ramai budak-budak lelaki melepak di pintu kedai, akhirnya aku gunakan juga teknik 'nekad sesaat' supaya aku tidak menyesal nanti.

Pelanggan tidak ramai. Tiba-tiba makcik dari dapur menyapa aku "ye dik?" Entah kenapa aku sangat ragu-ragu dengan kedai itu. Otak aku jadi tidak dapat berfikir dengan baik sampai aku bertanya "ada jual tomyam tak?" Aku yakin makcik tadi pasti tak senang hati dengan soalan aku "mestilah ada dik" hmm...sudah namanya kedai tomyam, lainlah kalau minta roti canai mungkin tak ada.

Sementara menunggu aku duduk sambil buka facebook. Tiba-tiba ada suara dari arah belakang "haa! Apa lagi tu? Yang sana tu dah habis belum? Kamu sini. Yang lain balik! Balik! Sembahyang tak! Belajar tak! Apa nak jadi!" Ya Allah terperanjat aku. Suara seperti petir. Aku pula yang jadi takut. Pada ketika ini akal dan hati aku tidak sepakat. Aku teringin mahu lihat pakcik itu, tapi hati aku rasa takut. Entahlah. Akhirnya aku hanya sempat melihat pakcik itu menggunakan ekor mata aku sebelum dia berlalu pergi. Sudahlah hanya dari belakang pula tu. 

Aku masih sempat dengar bebelan pakcik itu yang lebih kurang begini "nak main pun ada hadnya. Ada masa sembahyang. Ada masa belajar. Kalau ajak ke masjid tak apa juga!".. marah benar pakcik ni. Daripada cerita tadi, aku dapat simpulkan bahawa pakcik ini mungkin pemilik kedai. Ada anak yang sedikit degil dan bercampur dengan budak-budak yang tidak berapa elok. Bagus juga pakcik ni. Nasib sahaja aku tidak sempat melihat anak pakcik ini, jika tidak hati jahat aku pasti sudah berbisik "haa padan muka. Melepak lagi di depan kedai". Kekeke...

Thursday, October 10, 2013

Salam Kasih untuk Awak di Sana

dua jantung

dua roh berpadu

darah menyatu

membesarlah dengan sempurna di dalam sana

teruskan berjuang... terus lah kuat

sayang,

kami sayang awak. Sangat-sangat.

Selagi lidah mampu menyebut, doa kami takkan pernah putus untuk awak.

sayang,

kami tunggu awak. Kita jumpa nanti =')


Wednesday, September 25, 2013

Aku dan momentum

Lama pula rasanya tidak update blog. Aku sudah mula bekerja dari cuti yang panjang. Sudah tidak ada masa berangan, jadi tidak ada idea mahu merepek di sini.

Tambah pula saat ini aku sedang meneutralkan perasaan sedih berpisah dengan suami untuk sekejap. Suami sudah pulang ke tempat kerja yang jauh. Rasanya keadaan ini lebih sukar berbanding menghafal anatomi dan fisiologi manusia.

Lihat, sebut saja pasal suami, langsung aku tidak ada idea. Ini namanya kesedihan sehingga mem'block' otak dari berfikir.

Hari ini masuk hari ke tiga bekerja. Aku rasa kucar kacir sedikit. Aku fikir aku sudah hilang momentum di tempat kerja  kalau ikut definisi, momentum itu adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Di sini aku rasa jisim mungkin mewakili tenaga aku, halaju mewakili skill. Bila dua2 aspek ini sendiri seperti tidak bergabung, hal ini yang menyebabkan kucar kacir.

Skill ada tapi seperti malu2 untuk keluar bila sudah lama tinggalkan klinik, tenaga pula masih keliru antara rumah dan tempat kerja. Contohnya baru pukul 10 aku sudah rasa seperti pukul dua penatnya. Hmmm... susah juga.

Mungkin perluka  masa untuk memberi motivasi kepada diri sendiri. Baiklah sampai di sini dahulu. Aku sudah pening.

Jika ada rezki, lepas 6 bulan cuti panjang lagi. Amin :)

Tuesday, September 17, 2013

Hati

Bila hati kering,

keringlah jua airmata.

Kisah seorang Penulis

Setiap kali aku menulis aku berharap akan ada perkataan yang akan menjadi bahan moral kepada pembaca.

Walaupun aku bukan penulis yang hebat, yang mampu membawa fikiran pembaca keawang-awangan, yang menggunakan bahasa yang mampu mencairkan hati pembaca, yang selalu melancong dan boleh memberi info tentang negara orang, yang selalu update dengan fesyen semasa,  aku tetap akan terus menulis.

Oleh kerana aku bukan penulis yang bekerja dengan penerbit buku, aku tidak pernah rasa terdesak untuk menulis. Malah gaya penulisan aku juga tidak perlu terikat dan boleh bersifat selamba.

Dan yang paling penting, aku bukan pembaca, aku adalah penulis bahan penulisan aku. Jadi aku tidak perlu peduli tentang pilihan pembaca. Aku tidak mengira mata yang memandang tulisan aku, aku tidak peduli tentang siapa mereka yang membaca, cukup aku puas hati dengan luahan fikiran aku yang kadangkala semak di kepala bila tidak dikeluarkan.

Cuma aku pernah terbaca, kata-kata yang lebih kurang begini

          "Jika anda seorang penulis, moral dalam setiap penulisan adalah perkara paling penting"

Tapi jika setiap penulisan mahukan moral susah juga. Mesti aku tidak boleh meng-update post seperti   "tadi saya ingin membeli santan di kedai, tetapi tidak cukup duit. Dengan rasa malu saya pun pulang begitu saja". Tentu sahaja entah di mana moralnya.

Jadi aku berfikir, lebih elok aku tinggalkan tanggungjawab ini kepada pembaca. Kerja aku cuma menulis. Biarkan pembaca yang mencari moral sendiri seperti contoh santan di atas, jika difikirkan moralnya "sudah tahu ingin ke kedai kiralah duit secukupnyaa dulu". Sampai di sini sajalah.

Doa aku agar setiap apa yang ditulis bermanfaat dan akan menjadi pemberat di sebelah kanan kelak. Amin.

Monday, September 16, 2013

Jangan patah, ku tak mahu pengganti

Kekasih,

Cinta sayangku tidak setinggi kata2 si penyair.

Jika ada lautan api, tak terdaya aku renangi. Sungguh, berenang di lautan air pun aku tidak janji.

Jika setinggi gunung, aku takut tidak kesampaian. Jika aku mati dipertengahan, sia-sialah usaha hanya untuk membuktikan.

Ada yang lebih dekat boleh kau lihat.

Cinta kasihku padamu seperti kuku.

Yang akan sentiasa tumbuh. Jika patah sekalipun, tetap akan tumbuh. Yang akan terus tumbuh.

Aku merinduimu. Suami.

Thursday, September 12, 2013

Bahagia... tentang rasa.

Oleh kerana aku masih dalam cuti, aku banyak masa untuk menulis. Cuma bila cuti, badan berehat, otak juga berehat. Jadi aku tidak membaca, tidak memerhati, tidak mencari, jadi tidak ada isu yang boleh dijadikan isi. Susah juga begini.

Tapi aku mahu bercakap tentang rasa bahagia.

Bahagia itu indah. Keindahan itu dingin. Bahagia itu gembira. Ya sudah tentu kalau dijenguk dari sudut definasi. Bahagia itu juga lahir bila kira membahagiakan orang lain. Bahagia itu nyaman. Bahagia itu begitu dan begini...

Aku cuba untuk lihat dari sudut lain. Aku lihat sekeliling. Aku fikir bahagia itu juga tentang maaf.

Minta maaf dan memaafkan itu mengundang bahagia. Bahagia itu cukup dekat dengan maaf.
Sebagai contoh jika aku merajuk dengan suami aku, dan bila aku sedar aku sudah mencari dosa percuma, aku pun minta maaf. Bukan susah pun. Cuma ego sajalah yang ada pun jika nak dipertimbangkan. Jika sebelum kahwin, memanglah aku selalu menderhaka. Tapi buat apa cerita sebelum kahwin, nyata tidak mengundang pahala. Berbalik kepada cerita asal, terlafaz sahaja maaf, bahagia itu macam pelangi selepas hujan. Itulah erti bahagia yang sebenar.

Contoh lain pula, jika kita tidak puas hati dengan sesuatu perkara mesti kita akan rasa mahu maki sahaja. Lagi2lah tahap iman kita ini hanya level orang2 awam. Tapi jika kita berniat memaafkan kerana memang tidak ada yang sempurna di dunia ini yang boleh sentiasa memuaskan hati kita, pasti kita akan merasa bahagia.

Oleh itu aku sangat yakin bahagia itu juga tentang maaf.

Jika tidak, masakan kita diminta sentiasa untuk memohon ampun pada sang Pencipta, di saat hati ingin mencari ketenangan. Kerana tenang itu juga sebahagian besar bahagia. Wallahhualam.

P/s: aku rasa cerita bahagia ini masih boleh dikembangkan. Tapi disebabkan menaip menggunakan henfon, aku mudah bosan bercerita panjang. Pff~~

Mak Ayah

Kadang-kadang aku terfikir macam mana orang yang berhadapan dengan ibu bapa yang tak berapa elok. Maksud aku kalau mak ayah berperangai tak macam mak ayah yang sepatutnya.

Kalau aku lah, memang dah keluar status derhaka 24 jam.

Mak ayah kita sekarang, mungkin jauh lebih baik daripada mak ayah yang aku bayangkan ni. Tapi bukan sebab kita bertuah dapat diorang, cuma kita tak sekuat anak-anak mereka untuk diuji.

Allah dah sukat, kita tak mampu. Jadi Dia bagi kita yang lebih mudah.

Kerana bukan apa, seteruk-teruk mak ayah, se-brutal mana mereka, itu antara mereka dengan Allah. Tanggungjawab kita sebagai anak takkan pernah berbeza, tak ada level untuk tahap tanggungjawab terhadap mereka.

Kalau kita perlu bertanggungjawab dan hormat dari a-z, mereka yang kurang bernasib baik pun sama sahaja a-z.

Jadi lahirkanlah rasa bersyukur kita pada mereka walau siapa pun mereka.

Ingat tanggungjawab kita sebagai anak akan tetap dituntut. WALAU SIAPA PUN MEREKA.

Benar. Bukan mereka yang memberi nyawa.
Bukan mereka yang memberi hidup.
Tapi mereka adalah erti hidup.

Mak ayah. Selamat hari ibubapa. Setiap hari.

Kepada mak ayah mentua, anda juga adalah sangat terhebat kerana suami saya seperti suami idaman, yang menjaga seperti saya puteri.

Terima kasih ALLAH.

                                                        -sarah-

Monday, September 9, 2013

Terlintas di ingatan

Kalau nak cerita pasal kekaguman aku terhadap suami aku kat sini memang tak habis.

Jadi aku nak cerita pasal keburukan dia.

Pasal ni aku tak dapat fikir, mungkin tak ada.

Kadang-kadang rindu memang tak munasabah.

Selamat malam.

Saturday, September 7, 2013

Adab mendahului ilmu.

Saya teringat sewaktu berada di dalam sebuah pasar raya. Ada sepasang suami isteri dan seorang anak. Anak dalam lingkungan 4 tahun berada di dalam troli. Ayah masih memakai tag petronas. Pekerja petronas mungkin, daripada gayanya mungkin seorang jurutera. Ya lah, jarang pula dengar ada cikgu bekerja dengan petronas.Ibu juga seperti bekerjaya.

Saya bukan mahu curi dengar perbualan, tapi disebabkan kami mencari bahan di tempat yang sama, jadi saya terdengar perbualan anak beranak ini. Tapi di dalam english lah. Oleh sebab saya sedang memartabatkan bahasa melayu di sini jadi saya akan translate mana yang patut.

Si anak sambil main tab samsung, tak habis-habis minta barang dari mak ayah. Mak ayahnya pula ikutkan sahaja. Tiba-tiba si anak mahukan benda kereta mainan yang besar. Ayah kata tak boleh sebab sudah ada di rumah. Tiba-tiba si anak menangis sampai saya rasa mahu sahaja menekup mulut budak itu. Katanya "xkira, nak juga! Mesti beli!" Si ibu nampak sedikit malu dengan orang sekeliling. Terus ambil kereta itu dan terpaksa akur dengan kemahuan anak. Ayah cuma mampu geleng kepala.

Geram bukan kepalang rasanya melihat budak begini. Siapa yang kita patut salahkan?

Oleh itu saya berfikir, golongan bijak pandai pun tak semestinya mampu mendidik anak sebaiknya. Kerana mendidik anak bukan hanya dengan ilmu, tapi perlu dengan adab juga. Adab akan mencorak penerimaan ilmu. Entah. Itu yang saya rasa.

Oklah. Mahu krem saja rasanya jari menaip di henfon. Selamat malam :)

Thursday, September 5, 2013

Junjung kitab kosong

Cukup-cukuplah menjunjung kulit.

Isi nya entah ke mana.

Kalau ada sekalipun dah diganti dengan pewarna cap ayam. Nampak hebat cuma bila ditambah tandatangan mereka yang disanjung.

Bila ada yang sudah celik, mereka kata golongan ini salah tafsir kitab.

Biar buta huruf, takkan ada yang bersuara.

Mereka.... entah bila mahu binasa.


                                                    -sarah-

Wednesday, September 4, 2013

Aku..

Aku harap ada jalan untuk semua yang tertulis.

Aku perlu yakin Allah dah tulis jalan hidup aku yang setaraf dengan kemampuan aku.

Aku nervous.

Aku gembira tak terkata.

Aku....

Ya Allah...permudahkanlah semua urusan kami Ya Allah.. amin.

Monday, September 2, 2013

Seadanya, secukupnya

Laptop sudah tiada. Kalau aku rajin aku update. Guna henpon memang susah tambah-tambah lagi aku selalu salah taip.
Jadi aku perlu fikir cara penulisan yang lebih ringkas supaya aku tak tertekan menaip guna henpon. Sebab tu lah perkataan aku sudah kurang.

Sunday, September 1, 2013

Rindu. Rindu

Aku yang tak pernah lepas dari merindu

Aku yang tak pernah puas bersama

Aku rindu. Kamu. Suami. :'(

Wednesday, August 28, 2013

Bolayan katanya

Aku suka kau tak perasan aku ada

Kau yang mula aku terima

Aku sapa kau buat tak layan

Bila aku jalan

siap tapak kaki aku kau ukur

Tapi tak apa

Jual mahal aku kau takkan terbeli.

Monday, August 5, 2013

Random post with a random picture

::picture from g'ya fb::
 
 
Geng sekolah yang huru-hara. Bila masuk form 4, najjia ambil akaun, aku dan ah ping (teh bee ping) ambil biologi). Masa dalam kelas kami duduk depan belakang. Suka bersembang. Kadang-kadang sembang  tak banyak, gelak yang banyak. Tak faham jugak aku. Tapi itulah kami. Masuk matriks pun sama lagi. Masuk U pun sama lagi, USM. Cuma aku di health campus, ah ping di main campus.
 
 
Masa muda-muda dulu kami tak nampak pun apa di depan. Main redah je. Masa sekolah dulu, masing-masing struggle menghafal buku. Kurang inisiatif nak memahamkan. Tak tahulah punca dari siapa. hehe  Sampai masa buat SPM aku rasa senang gila, bukan nak belagak tapi sebab aku dah hafal semua soalan dan skema jawapan. hehe tak kisahlah cara pembelajaran tak menarik pun, asalkan keputusan SPM cemerlang, boleh sambung belajar. Tu je lah kot dalam kepala kami.
 
 
Dan sekarang, Alhamdulillah. Kami dah besar. Masa dulu selalu buat karangan nak belajar hingga menara gading. Pelik betul nama menara tu. Tapi itulah bahasa melayu. Pelik-pelik je kadang-kadang. Masing-masing dah berjaya mengharungi semua tu.
 
siapa tahu, aku dah jadi therapist, ah ping seorang Chemist, Najjia seorang accountant. Alhamdulillah. Usaha kami sikit je sebenarnya, tapi inilah jalan yang dah tertulis. Jalan hidup yang dah pun ditentukan dan dirancang dengan sempurna. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? =)
 
 
 

raya edition

tak syok betul minum susu panas. Sudah lah susu tu sendiri rasanya biasa-biasa saja. bila kena minum masa panas, laju sikit mengejar waktu di waktu sahur, dengan tunas rasa yang tengah mamai, memang pening rasa dia. Tak dapat nak proses rasa apa. Letak lada hitam pun belum tentu dapat detect.

Apa-apa pun, selamat hari raya aidilfitry..eh silap. selamat hari raya aidilFITRI. Maaf zahir dan Batin semua. =)

Friday, August 2, 2013

pistol dah macam cokelat. nyummy nyummy.

Sekarang ni memang musim masing-masing nak jadi pemburu, menembak je kerja. Asal kes jenayah je sekarang ni kes tembak. Patut la awal-awal Zahid Hamidi dah warning siapa tak suka malaysia boleh pindah negara lain. Sekarang baru nampak sebab. Betul juga katanya.


Sekarang ni pula aku rasa nak difikirkan kenapa banyak sangat kes macam ni pun tak ada gunanya. Pucuk pangkalnya, kaji le lah dulu, macam mana senang sangat orang dapat pistol tu. Tu kena fikirkan dulu. Takut zaman anak-anak nanti pistol menembak orang jual kat pasar malam. Seram juga bunyinya.

selamat berbuka dimulakan dengan bismillah bukan peluru. as salam.

Tuesday, July 30, 2013

Bangun sahur pukul 6.30. Nice.

Assalammualaikum. Salam 10 Ramadhan terakhir =)  tapi sempat juga update blog..hee

Ramadha semakin menghilang. kalau masa kecil-kecil makin nak dekat raya makin seronok sampai lupa apa yang dituntut untuk bulan ramadhan. Sebenarnya entah tahu entah tidak tentang ramadhan pada masa tu. -_-"

Kalau orang bercerita pengalaman berpuasa masa kecil, aku betul-betul tak mampu nak ingat apa perkara pelik atau perkara nakal yang aku lakukan semasa bulan puasa. Plain betul zaman kanak-kanak aku. Umur berapa mula puasa pun aku tidak tahu. Aku langsung tak ada kenangan mula-mula puasa. Pelik juga. Atau pun mungkin kerana aku ketua kelas sejak dari masuk sekolah rendah, jadi aku puasa seperti orang dewasa sahaja dengan harapan akan menjadi contoh pada murid yang lain. Cewah.. bergaya sungguh cakap begini :D

Tak apalah. Itu tidak penting. Yang pasti, bila sudah bekerja, perkara yang paling aku takut adalah aku tidak terbangun sahur. Semalam adalah hari pertama aku tidak bangun sahur. entahlah mungkin balasan pada aku kerana ambil cuti pada hari isnin untuk membeli belah persiapan raya..hehe

Ok lah, aku mahu tidur. Trauma sungguh...

Teruskan beribadah, tingkatkan usaha mengejar rahmat Allah di bulan Ramadhan. selamat malam =)

Thursday, July 25, 2013

Sunday, July 21, 2013

Doa 1


Berdoalah pada pagi ini...

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

" Ya ALLAH...Berilah aku kekuatan ketika rapuh...berilah aku petunjuk ketika keliru...berilah aku cahaya ketika dalam kegelapan...semoga hari ini lebih baik dari semalam...semoga hari ini penentu yang lebih baik untuk hari esok...Ya ALLAH..Ya RAHMAN...Ya RAHIM....Aamiin ya Rabbal'alamin."” ”

Thursday, July 18, 2013

Pelihara aku untuk dia Ya Rabb..

aku ada di sini memerhati
 
aku tak hilang
 
aku tak menyendiri
 
kalau dulu aku sendiri, aku tidak kisah diperhati

kini aku seorang isteri
 
saat ditinggalkan suami untuk mencari rezeki
 
aku perlu belajar sendiri
 
untuk menjadi isteri
 
isteri
 
mudah mendapat pahala
 
lebih mudah mendapat dosa
 
kalau betul sayang suami
 
aku perlu jaga diri
 
walaupun sendiri
 
aku akan belajar menjadi isteri
 
yang menyantuni dan menyenangi
 
melindungi diri dari catatan kiri
 
kerana aku sayang suami
 
tak akan menambah saham kirinya di sana nanti
 
salam jumaat =)
 

saiz S lagi??

pada suatu petang saya mengajak suami saya pergi ke suatu tempat untuk membeli sehelai jubah (bukan nama pakaian sebenar) kerana jubah saya tidak dijumpai lagi walaupun almari cuma ada 1. Pelik juga saya memikirkannya. Mana mungkin pencuri masuk ke rumah semata untuk mencuri jubah. Tidak masuk akal.

Jadi selepas kerja saya terus pergi ke pusat membeli belah. Hari itu hari sabtu. Saya juga agak berasa penat ketika itu kerana saya bekerja separuh hari pada hari sabtu. Hal ini membuatkan saya kadang-kadang agak tertekan. Tapi cuma kadang-kandang kerana memikirkan saya guna juga duit gaji setiap bulan. Saya mengalah bila saya sering terbaca mengenai keberkatan duit gaji.

Baiklah. Sampai sahaja di sana, kami terus kepada matlamat kami tanpa terpengaruh dengan godaan benda-benda menarik yang lain. Cantik-cantik betul jubah sekarang. Lagi-lagi yang dibawa terus dari negara-negara arab. Lalu saya pun berkenan dan mencuba. Katanya free size. Tapi hampa. Ternyata saiz mereka di sana sangat tidak relevan dengan saiz orang Malaysia.

Mahu tidak mahu saya terpaksa cari jubah biasa-biasa saja. Setelah mencuba, saya dapati kecil juga badan saya ini. Sudahlah tidak tinggi, kecil pula tu. Tidaklah kecil sangat, saiz Lisa Surihani mungkin. heh heh heh..
Yang kelihatan kemas dan terletak pada badan saya adalah saiz S. Sudah di bahagian buatan Malaysia pun masih kena cari yang paling kecil. Hairan juga memikirkannya. Kadang-kadang saya berharap saya bertambah tinggi, tapi tidak mungkin kerana saya suda melepasi tahap tumbesaran.

Namun saya bersyukur kerana saya tidak membesar, dalam erti kata lain, saya masih belum perlu memikirkan produk pelansingan yang mana harus saya ambil. Saya juga bersyukur dengan diri saya yang tidak tinggi kerana kadang-kadang saya memang gayat melihat perempuan tinggi. tak tahulah kenapa.

Sampai di sini sajalah. Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari cerita saya ini. Saya tidak akan beritahu apa dia, cuba fikirkan sendiri. ;P

Monday, July 15, 2013

mari ber Ramadhan =)

"sembahyang jemaah ni lain. Kena rapat-rapat. Kan imam selalu pesan rapatkan saf rapatkan saf bila nak mula sembahyang. Kalau sembahyang sorang memang tak payah nak fikir rapat ke mana-mana. Tak payah nak rapat ke dinding ke pintu ke apa. Berdiri tengah-tengah lapang pun tak apa"

kata Laili Nur Fatma (bukan nama sebenar) kepada Zahirah Farisya (bukan nama sebenar).

Zahirah Farisya pun menjawab.. " yelah... betul tu. Mungkin orang sekarang tak tahan panas rapat-rapat sebab biasa ada aircond kat rumah. Tak pun kalau penuhkan saf depan, terpisahla dari kawan. Tak boleh nak borak lagi."

Laili Nur Fatma menjawab dengan selamba "diorang pergi terawih ni ingat macam hang out ramai-ramai dengan kawan ke main borak-borak 1 kumpulan?" 

"entah. yang itu aku tak tahu. Hang tanya la depa yang dok kalut asyik update status nak mencari bakal imam tapi syarat sembahyang jemaah pun tak khatam lagi"

lalu mereka berlalu pulang ke rumah masing-masing tanpa singgah ke bazaar ramadhan kerana makanan di bazaar sumpah mahal. Habis cerita. 

Selamat menunaikan ibadah, hargailah anugerah Ramadhan dari Allah SWT untuk kita semua. Wallauhhualam =)

Sunday, July 14, 2013

Monday, July 8, 2013

WE ALL WANT TO BE UNDERSTOOD: INTROVERTED.

This is just me.
 
 
 
 
 
 
 
 

voiceless therapist

ya Allah ya Tuhan ku... kembalikanlah suaraku........................ :'(

Friday, July 5, 2013

oh mentuaku~~~~~~~

Alhamdulillah esok sudah sabtu. Ada lagi 6 hari untuk suami aku pulang ke pangkuan..hehe Sekarang ni rasa mahu bercakap pasal suami sahaja, mungkin ini musim orang kahwin, jadi aku selalu rindukan saat kami dinikahkan bila aku tengok gambar-gambar orang kahwin. Jadi kawan-kawan jika sudah bersedia berkahwinlah, bahagianya susah nak cerita, kena kahwin dulu baru tahu..hihihi...


Kali ini sebagai penghargaan kepada keluarga mentua, aku akan bercakap tentang keluarga mentua aku. Aku bersyukur, aku bukan orang yang dipilih untuk berhadapan dengan keluarga mentua yang banyak kerenah. Aku rasa mentua aku sayangkan aku. Memanglah bunyi nya seperti riak, tapi aku dapat rasakan..hehe Ataupun mungkin tindak balas secara automatik apabila kita sayangkan orang, orang lain akan sayangkan kita juga. Rasanyalah. 

Orang selalu kata, kena pandai ambil hati mentua. Tak tahulah apa usaha aku untuk ambil hati mentua sampai saat ni, kadang-kadang aku sendiri tidak sedar apa yang aku lakukan biila bersama mentua. adakah menjadi diri sendiri juga membantu kita untuk disayangi? yang ini aku tidak pasti. Aku juga tidak rasa mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menanamkan rasa sayang kepada aku, sebab aku rasa semua berjalan secara natural. Apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya, masih tidak jelas bukan? hahaha... entahlah. 


Baiklah, sebenarnya aku rasa untuk berperasaan neutral adalah penting untuk kita tidak merasa tertekan, atau terlalu bersungguh sehingga penat, atau terlalu berhati-hati sehingga rasa beku di atas kerusi. Yang ini aku tahulah,sebab awal-awal dulu aku begini. hehe.. Aku rasa dengan bersikap neutral, orang akan lebih berasa selesa dengan kita. Contohnya, bila ibu mentua aku masak, beliau jarang bagi aku masak sekali, cuma potong-potong sajalah, jadi aku akan mainkan watak sebagai pencerita. Yang ini berjaya untuk kes mentua aku. Mentua yang lain belum tentu jalan dengan cara ni. tapi tak apa, boleh berexperiment. Macam kakak aku yang tackle ibu mentua dengan belajar capati. hahahhahahahha... ok maafkan aku terlalu bersungguh ketawa.. 


Jadi, begitulah ceritanya. Sikit saja..hehe  Kepada yang ingin berkahwin, yang sudah berkahwin, sayangilah keluarga mentua anda seperti keluarga anda sendiri =)


keluarga suami =)





Bersyukurlah...

 
 
Allah SWT berfirman,
 
 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya! jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.
 
(surah Ibrahim 14: 7)

Tuesday, July 2, 2013

Keperluan atau kehendak?

Sesekali teringatkan si suami, tersenyum-senyum aku sorang. 
 
Bila bershopping, dia selalu ajar tentang kehendak dan keperluan, barulah akal wanita aku ni jadi rasional sikit. hehe
 
Perempuan ni kalau tak tahu nak beza mana kehendak, mana keperluan, memang mengundang bala.
 
itulah antara sebabnya aku rasa beruntung jadi isteri dia :) 

Monday, June 24, 2013

Friday, June 21, 2013

Earphone dan tuan businessman

Lokasi: kedai mamak
Situasi: Segelas air di tepi meja, seorang.

Kalau tuan sedang guna earphone untuk bercakap di telefon, pastikan tuan kurangkan guna pergerakan tangan mahupun badan. Apa lagi jika tuan guna earphone yang canggih, seperti tidak kelihatan pula tuan sedang pakai earphone.

Rasa pelik pula lihat orang bercakap telefon menggunakan earphone dengan pergerakan tangan sekali. Sekali lihat seperti orang sedang buat latihan perbahasan, takpun latihan pidato.

Thursday, June 20, 2013

Sudah bagi lalu, dia buat x tahu pula

Baru-baru ini aku perasan, memang benar zaman ini sudah terbalik. Apabila kita berbuat baik, kadang-kadang sampai orang berasa curiga sebab mungkin jarang sangat untuk orang berbuat baik.

Ada suatu hari aku terdengar seorang penceramah ni kata, kalau boleh cari kebaikan pada satu hari untuk kita lakukan. Katanya seperti membayarkan tol untuk 1 kenderaan di belakang sebagai sedekah secara ikhlas. hehe aku ni sementara nak cari duit sampai tol pun kadang-kadang membebel-bebel kena bayar tol, apa lagi mahu bayarkan orang lain. hehee

Jadi aku cuba inisiatif lain seperti cuba memberi laluan pada kereta di simpang untuk masuk ke jalan utama. Gambaran adalah seperti ini:



Bila aku nekad untuk memberi laluan pada kenderaan dari simpang untuk masuk ke laluan utama, kebanyakan pemandu masih lagi menunggu (sambil mata kearah kenderaan yang beratur panjang) sehingga wujud jurang yang logik untuk mereka masuk. Aku yang sudah berhenti sekejap untuk beri laluan ni mereka pandang pun tidak. Jadi aku buat kesimpulan, mereka ini seperti rasa tidak masuk akal untuk memberi orang lalu ketika tengah beratur sesak. Masalahnya bukan sekali, 3-4 kali juga aku cuba. Akhirnya kadang-kadang aku pula di hon orang belakang. Akhirnya niat berbuat baik aku berakhir dengan perasaan bengang dihon orang belakang. Itu 1 hal. 1 hal lagi bila mengenangkan pemandu yang tidak menghargai kebaikan yang orang lain lakukan...hmmm

tapi tidak boleh juga salahkan mereka. Di 'zaman jarang sangat orang berbuat kebaikan' ni, memang kita rasa tidak yakin pula pada orang yang berbuat kebaikan kadang-kadang.

Aku cuba bayangkan kalau semua orang berusaha membuat sekurang-kurangnya 1 kebaikan untuk 1 hari pada orang lain.........hmm Indahnya dunia :)

Wednesday, June 12, 2013

bila sudah senang....

Bila ada yang lebih senang, akan dilupakan perkara yang lebih susah. Sebagai contoh, sebelum ini aku pergi kerja berjalan kaki, sihat betul rasanya. Walaupun makan banyak, tapi hati sentiasa senang kerana kononnya sudah exercise pergi dan balik kerja. Tapi sejak aku naik kereta (punca daripada hujan petang yang tidak diduga), rasanya macam tak mungkin untuk aku berjalan kaki lagi. Walaupun sekarang panas secara konsisten di waktu petang, aku sentiasa mencari alasan untuk tidak berjalan. Contohnya aku fikir nanti banyak sedut asap kenderaan yang kotor. hehe lihatlah betapa liciknya aku. Memperdayakan diri sendiri.

itu hanya sekadar mukadimah. 

perkara yang lebih aku ingin tekankan adalah kenapa blog aku kelihatan terabai. Sejak ada instagram, aku rasa lebih seronok mengarut di situ. Walaupun orang hanya berminat untuk tunjuk gambar di situ, kadang-kadang penerangan pada gambar aku lebih panjang berbanding saiz gambar. heheee...

Jadi aku perlu fikirkan sesuatu supaya blog ini tidak akan terbiar selamanya. Itu sahaja yang ada dalam kepala aku sekarang. Aku mahu pasang cadar sebenarnya tadi. entah kenapa aku di sini. ok selamat malam.. ;)


Monday, June 10, 2013

cincin

 
 
 
Runsing aku. Tak boleh buat kerja. Sekarang lunch hour. Rasa nak balik rumah. Tapi jalan jam.
 
Hati tak tenteram.
 
cincin nikah aku tertinggal di rumah T_T
 
Aku tak tahulah macam mana nilai cincin kahwin bagi setiap orang yang dah berkahwin.
 
Tapi aku ada tabiat akan tengok cincin aku sebelum hari aku berakhir. Sebelum tidur contohnya.
 
Jadi sekarang aku sangat rindukan dia (cincin).
 
Ya Allah...Kau peliharalah dia untuk ku..amin ..

Thursday, May 30, 2013

Cerita seorang Pendiam

 
 
 
maafkan aku
 
aku tak bisa berbicara
 
jika kau mulakan
 
aku menyambut dengan mesra
 
jika aku kau harapkan untuk memulakan
 
kau takkan jumpa kata-kata
 
hanya senyum bahasa sapaan
 
jika kau tunggu
 
kau akan jumpa penamat
 
kerana aku
 
SARAH..
 

Sunday, May 26, 2013

Anak

Tahukah anda,

walaupun aku nampak cool, tapi pasti ada perkara yang aku akan selalu fikirkan. Kali ini aku akan terus terang apa yang aku rasa tentang "anak".

Untuk pasangan yang dah kahwin, selain daripada belanja bulanan, anak adalah isu yang penting. 

Usia perkahwinan aku sudah lebih dari setahun. Tapi masih belum ada rezki. Tapi kami jauh. Jumpa pun 2 minggu sekali. Tapi apa boleh buat? hal anak ni memang termasuk dalam bab "rezki". Cuma orang kisah bila "anak" adalah hasil usaha yang datang dari pasangan secara biologi, Padahal sama saja kes nak kumpul duit nak jadi kaya, ada masanya tunggu 5-6 tahun baru dapat rezki beli kereta mewah. Rezki, semua rezki. Sekali lagi, anak itu juga adalah rezki macam harta yang kita cari. 

Allah x pernah janji setiap yang berkahwin akan ada anak. Allah x pernah berjanji dalam tempoh terdekat berkahwin akan mengandung. Jadi kenapa persoalkan perkara yang tidak dijanjikan?

Inilah masa untuk guna akal dan fikiran untuk usaha, berikhtiar. Bersangka baik dengan Allah, kerana Allah akan berikan hambaNya sesuatu mengikut perkara yang diyakini hambaNya. Sebab tu ada lagu "jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan..". 

Cuma masa. Kalau Siti Nurhaliza ambil masa berbelas tahun untuk sampai tahap kejayaan sekarang ni, kenapa dia nak rasa lama bila baru beberapa tahun kahwin belum ada anak? rezki semua tu rezki. 


Cuma..

aku harap fitry bukan seperti ashraf muslim. hehe... 

Abang, kita jangan mengalah ye. Ujian yang dibalas dengan sabar akan dibalas balik dengan perkara lebih baik 1 masa nanti... yang ni jangan risau, ini memang Allah dah janji :')

Wednesday, May 22, 2013

Alam Maya punya cerita

bila aku register instagram, aku rasa lega sebab aku boleh mengarut dengan kelompok kawan yang aku rapat, aku masih boleh kawal privacy akaun instagram aku. Sebab facebook aku macam sudah tidak relevan. Terlalu terbuka. Seperti tidak selamat.

Tapi aku rasa hari ini aku sudah tertukar setting yang aku sendiri tak tahu nak ubah balik. Tiba-tiba ada segelintir kawan-kawan di facebook meng'add' aku, itu buat aku susah hati.

Aku Rindu





Tiada apa yang lebih derita daripada berjauhan daripada suami 

namun

tiada apa yang lebih berharga daripada sabar.



Monday, May 20, 2013

Peringatan buat pemerintah dan rakyat

Diriwayatkan dalam hadis sahih, suatu ketika ada seorang daripada bani Makhzum ditangkap mencuri. Namun wanita itu menafikan fakta bahawa dia mencuri kerana dia berasal daripada keturunan keluarga mulia. tiada seorang pun yang berani melaporkan kes kecurian itu kepada Rasulullah SAW sehingga akhirnya mereka meminta Usamah mengadukan kes kecurian itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memerintahkan Usamah untuk membawa pencuri wanita daripada bani Makhzum itu kehadapannya. Wakil daripada bani Makhzum meminta pengecualian hukuman kepada Rasulullah SAW.

Tiba-tiba wajah Rasulullah s.a.w berubah kemerahan kerana marah atas permintaan mereka. Penghulu Nabi-Nya ini kemudia berkata "kalian menyuruh diriku membelakangkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT? Kalian memintaku mengubah hukum Allah SWT?" Rasulullah s.a.w lantas berkhutbah di hadapan pengikutnya. Setelah memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT, Rasullullah s.a.w bersabda,

"sesungguhnya yang membuat binasa orang yang sebelum kalian adalah, apabila antara mereka ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi jika orang lemah yang mencuri, maka segera dihukum. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya jikalau aku mendapati Fatimah puteri Muhammad mencuri, maka akan aku potong tangannya" Akhirnya Rasulullah s.a.w tetap memerintahkan orang bani Mahkzum untuk memotong tangan wanita bani Makhzum yang mencuri tersebut.



-dipetik dari buku Muhammad Bukan Nasionalis-

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!!!!!!!

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung, secara rasmi sebagai seorang guru mahupun bukan bergelar guru, yang penting pernah mengajar aku. Aku masih ingat lagi seorang pengawal keselamatan yang mengajar aku bagaimana untuk tampal road tax pada kereta. Pakcik, jika pakcik membaca, saya ingin ucapkan selamat hari guru juga kepada pakcik (ini kelihatan mustahil).






guru umpama lilin yang membakar diri ---> guru = lilin ---> Selamat Hari Lilin :D

Monday, May 13, 2013

kasih sayang #edisi mak dan ayah

Antara perbezaan ketara antara mak dan ayah aku adalah cara mereka berbual di telefon. Tapi kadang-kadang aku tidak tahu sama ada perbualan dengan ayah di telefon boleh dipanggil "perbualan" ataupun sekadar panggilan telefon untuk menjawab soalan.

Tapi yang paling unik adalah sejak ayah aku pandai menjaga handphone daripada tidak hilang, boleh katakan setiap hari aku akan dapat panggilan telefon daripada ayah aku.

Selalunya panggilan telefon daripada ayah aku akan disusulai dengan soalan sahaja. Setiap kali aku menjawab sealan, aku akan terus disusuli dengan soalan lain. Namun soalan-soalan itu jarang sekali lebih daripada lima soalan. Antara soalan wajib adalah

"sarah buat apa tu?"
"hari ni sihat ke?"
"kerja ke hari ni?"
"Sana hujan ke?"
ok lah ye.    ----> terus letak telefon.

Soalan pertama dan kedua tu mungkin seperti soalan harian yang biasa. Namun bagi soalan hari ini kerja atau tidak itu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Adakah ayah aku fikir aku selalu tidak pergi kerja? Tapi bila difikirkan secara positif mungkin ayah aku maksudkan "kerja hari ni ikhlas ke ataupun lebih banyak buat benda lain yang tidak berkaitan. Jika banyak buat perbuatan lagha itu sama seperti tidak bekerja". Mungkin jugalah. Dan soalan wajib yang terakhir mengenai cuaca itu pun aku rasa agak unik. Mungkin disebabkan itu adalah isu utama buat masa ini. Hujan dan banjir yang kerap di KL. Nampaknya ayah aku sangat update tentang isu di tempat anaknya. Tapi kadang-kadang aku rasa sedikit kecewa sebab aku tidak sempat membalas pertanyaan kepada beliau. Aku selalu terfikir, mungkinkah ayah aku berasa malu untuk becakap di telefon dengan anak beliau? ataupun beliau berasa kekok kerana tak banyak topik yang boleh dibincangkan? hehe..

Berbeza dengan mak aku, setiap kali telefon akan ada isu berbangkit yang berlainan. Hebat sungguh. Hari ini boleh bercerita tentang harga barang dapur, esok bercerita tentang virus demam yang mudah merebak dan lambat mahu sembuh, esoknya lagi bercakap perihal adik aku yang malas membuat ulangkaji sedangkan SPM sudah dekat. Bila ditanya 1 soalan, mak aku seperti sudah sedia dengan teks jawapan yang kadang-kadang ada fakta. Menarik betul. Tapi aku berharap fakta itu bukan dari TV3.. hehe

Itulah antara perkara yang boleh buat aku tersenyum bila aku fikir pasal ibu bapa aku bila jauh. Hari ini mungkin aku boleh dengar soalan-soalan, bebelan mereka di telefon, esok lusa mungkin tidak. Sementara masih ada aku perlu usaha untuk membahagiakan mereka. Ingatlah, Allah SWT jadikan kedua ibubapa untuk kita berbuat baik keatas mereka dalam apa jua keadaan sekalipun. :)



p/s:  ibu mertua aku sangat suka berborak-borak mengenai semua perkara. Aku sering terhibur dengan cerita-cerita beliau. Ayah mertua aku pula agak pendiam tetapi selalu bertanya hal-hal yang berkaitan tentang kerja aku. Tapi mereka sangat penyayang dan mengambil berat. Inilah antara anugerah terbaik buat aku. :)

Friday, May 10, 2013

apa yang mereka marah sangat dengan JDT??

Kadang-kadang memang wujud perkara kecil yang kita buat itu sebenarnya melalaikan. 

Contohnya pergi ke page Sokernet scroll up and down down and down sambil tergelak-gelak. Akhirnya, astaghfirullah. lagha ni. terpedaya dengan penulisan yang gila tetapi mereka berfikir. 

Contoh lain seperti mengira syiling. Antara perkara yang aku masih tidak dapat terima adalah kewujudan syiling yang pelbagai versi. Bila pelbagai, aku tidak hafal nilai syiling itu melainkan syiling lama. Oleh itu sangat menyusahkan. Bila tinggal dalam lingkungan rm5 yang masih belum dikira, eh aku lupa maghrib sudah lama masuk.


itu sajalah. 

Masalahnya bila tidak mengikuti perkembangan bola tempatan, bila semua orang memaki hamun JDT tanpa menunjukkan konteks yang sebenar, aku sampai kena google apa itu JDT. Sekali sebut terasa seperti team saingan G.I Joe, xpun team seliaan Zulkifli Mansoor. kbai.

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 - kekalahan yang dijangka =)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Aku rasa ini bukan kali pertama aku bercakap pasal politik. Dan setelah aku menjangkau usia 26 tahun aku harap penulisan yang ini adalah lebih matang dan lebih pertimbangan berbanding zaman aku "lebih suka mendengar daripada mengkaji".

Sebenarnya aku jangkakan selepas PRU13 isu yang timbul adalah isu timba ataupun baldi yang dijual diseluruh Malaysia kerana masing-masing akan ke Selangor menikmati air percuma. tapi sangkaan aku meleset kerana 90% daripada isu yang timbul adalah soal "perkauman". Ya. Racism.

Oleh kerana aku anti kepada perkataan atau bahasa yang kesat aku akan pastikan post ini lebih Islam, atau erti kata lain, lebih berhemah. hehe ya dulu aku agak buta politik. Bukan lah buta sangat, tapi bila aku dikelilingi mereka yang HANYA mencintai keamanan dengan lebih seronok mendengar bunyi kicauan burung sambil minum kopi di warong daripada mendengar kicauan-kicauan burung berjuta dalam ladang penternakan yang besar sambil minum kopi dari Vietnam dalam Range Rover yang bernilai RM300K++ (selepas harga cukai kerajaan MALAYSIA) sambil dengar ceramah di radio IKIM.FM.... Ya Allah panjangnya ayat, boleh hadam ke ni? ok sebenarnya nak cerita, politik ni jangan dengar je, perlu selidik juga. Aku ambil masa 2 bulan lebih kurang untuk study betul-betul perjalanan dan perjuangan parti politik Malaysia. Masih dalam konteks Islam, penting untuk kita buat pilihan siapa yang akan memerintah negara supaya rakyat tidak dizalimi. Sebab itu jangan mengundi membuta tuli.

Selama beberapa purnama, sampai habis PRU13, aku kumpulkan persoalan yang ada dalam kepala aku.

Boleh pakai ke laungan "bersatulah Melayu, perjuangkan hak kita, Tegakkan Islam!" ?
Racism? Apa impak bila isu racism ini diperbesar-besarkan?
Jangka masa panjang, agak-agak apa akan jadi kat Malaysia kalau semua sibuk nak jaga kaum sendiri saja?
Ada kaitan ke Islam dengan politik?

Aku rasa post ini ada kemungkinan akan jadi panjang kalau aku gunakan bahasa melayu tinggi aku. Tapi aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin.

baiklah. Pertama sekali isu perkauman sama sekali adalah tidak relavan untuk diamalkan di Malaysia, sebab apa? sebab memang kita negara multiracial, berbilang kaum, nak buat macam mana. terima hakikat ni dulu. Bila kita sudah terima memang kita hidup dalam negara berbilang kaum, cara nak maju perlu la secara jemaah. Semua sekali melayu india cina iban punjabi atau apa sekalipun perlu sama-sama bawa negara ni kehadapan.

Jadi bagaimana pula bila ada sesetengah pihak mendakwa sesetengah orang melayu yang dicederakan oleh kaum cina seperti seorang cina memecahkan cermin kereta seorang Melayu? Atau seumpamanyalah. Bagi aku untuk kes ini, x lain x bukan kerana rasism yang sudah menular. Macam mana tu? aku agak-agak lah, bila si melayu masing-masing nak bersikap racism, mereka akan mula letak prejudis terhadap bangsa lain. Seperti kejadian tersedak apabila minum air ketika nak bercakap (tindak balas automatik badan untuk melindungi air dari masuk paru-paru), begitu juga pada mereka bangsa lain. Secara automatik akan lahir "defensive behavior" untuk menentang kaum yang terang-terangan merasiskan mereka. Bila lahirnya golongan offensive dan defensive seraca automatik akibat racism, maka berlakulah tragedi 13 Mei (kononnyalah. Hal ini aku tidak pasti sangat). Ok penerangan ini hanya boleh guna pakai sepenuhnya bagi mereka yang asyik nak bercakap pasal keamanan keamanan keamanan dan hak duniawilah. Entah lah, ini apa yang aku fikir saja, mungkin betul mungkin tidak. Ayat aku juga kelihatan sukar difahami jika dibaca ketika hendak santai-santai sebelum tidur. Perlukan kewarasan yang tinggi untuk menjana bahasa aku. hehe

Ok. Pada yang keliru sedikit tentang hala tuju perjuangan macam, "eh aku ni nak perjuangkan agama ke nak perjuangkan hak aku ke nak lawan cina ke...ke nak jadi ahli SPR?".. bagi golongan yang ini aku sarankan supaya ubah sedikit slogan "bersatulah melayu, perjuangkan hak kita, tegakkan Islam bersama!" kepada "Suburkan dan raikan Islam, agar kita Melayu bersatu". Di sini lah relavannya Islam itu dalam politik.
 Pada aku lebih menarik jika Islam di hadapan, baru diikuti oleh melayu. Sebab apa? kerana Islam itu sifatnya sempurna. Tapi sebenarnya rasa x payah letak "melayu" pun x apa kerana Islam bukan hanya untuk melayu, Islam untuk semua. Sebab itu aku 'bold'kan, mahu letak boleh, x mahu letak pun boleh. Terlalu general? ok aku bagi contoh.
 Minggu lepas aku dengar Ikim.fm, tentang seorang mualaf yang memeluk Islam hanya kerana terpesona dengan sikap kawan-kawannya yang beragama Islam. Contohnya bila berkawad, semua akan diam dan menghormati azan bila tiba waktu solat. Katanya, "orang Islam ni bagus sebab sembahyang 5 kali sehari. Kalau sembahyang 5 kali sehari, tentu tiap masa ingat Tuhan. Sebab tu kawan-kawan Melayu saya baik-baik. Masa saya tunjuk minat pada Islam, mereka x paksa, mereka cuba bagi saya faham apa itu Islam. Akhirnya saya di sini, mencintai dan akan terus pelajari Islam kerana Islam itu indah."

Nampak tak? islam itu mendidik. Islam itu sifatnya seakan-akan magnet jika dihayati, menarik mereka di luar lingkungan untuk membentuk 1 pusaran yang lebih besar. Jadi apa kaitannya cerita panjang-panjang begini Sarah? Untuk soalan ini, aku fikir lebih baik kita didik dulu golongan muda agar lebih mencintai Islam, supaya mereka sedar akan apa tujuan hidup yang sebenar, bagaimana hak sesama manusia boleh dipelihara dengan berpaksikan Islam. Bila cara hidup Islam diamalkan, xkan ada yang tertindas. X akan ada prejudis terhadap bangsa lain kerana Islam sendiri suruh berbuat baik terhadap bangsa lain, melawan hanya bila mereka menentang. Jadi perjuangan menuntut keadilan bagi membentuk kerajaan yang telus adalah lebih mudah difahami. Jadi apa nak dirisaukan tentang penyatuan melayu, lagi-lagi segelintir melayu yang terang-terangan menolak Islam. Kata rakan aku...Melayu nak bersatu? haha..x akan. Sedangkan Islam pun susah nak dihidupkan dalam diri masing-masing. Aku angguk. tanda setuju. Jadi kita perlu fikir balik kenapa kezaliman masih tidak boleh ditumbangkan.

jadi jangan risau jangan gusar jangan emosi keterlaluan bila bukan semua melayu pilih untuk bersatu sebagai PASUMNO (kerana sebilangan melayu x pernah terfikirpun hak melayu yang lain). Hidupkan Islam dulu. Biar Islam yang menyatukan Melayu, kerana Islam itu boleh berdiri sendiri jika dihidupkan, dan akan menjadi penerang pada penyatuan Umat. Ayat ni aku rasa agak buku teks, ya kerana aku rasa mudah nak tulis ayat lengkap seperti itu, lancar saja tangan menaip, mungkin ayat tipikal dalam buku motivasi yang aku baca. Mungkin.

Susah ke nak bawa Islam dalam era ni sampai ada kalangan melayu yang tolak Islam? atau sebenarnya bukan lah menolak Islam pun, cuma nak perjuangkan keamanan negara (sebenarnya bagi mereka yang kurang minat berfikir) yang dicanang dalam keadaan menutup mata pada kekejaman pemerintah secara halus... aku rasa x. Aku ingat lagi kata-kata seorang rakan aku yang selalu berguru untuk menghidupkan ilmu Islam, katanya "Islam itu menyeluruh. Dah beratus beribu tahun. Jika dijelaskan cara, hukum dan hakam tentang Islam puluhan ribu tahun yang lepas, begitulah ia sekarang, sampai hari kiamat. Tapi Islam itu x boleh dibawa secara fizikal. Islam itu fleksible. Boleh diadaptasi supaya Islam itu sentiasa relavan merentasi zaman. Senang nak faham ambil contoh Ustaz lah. Bandingkan penyampaian ustaz zaman dulu, dengan zaman sekarang. Berbeza benar cara penyampaiannya. Tapi apa yang ustaz zaman dulu sampaikan seperti sembahyang wajib 5x sehari, ustaz sekarang pun sama saja wajib sembahyang 5x sehari. Sekali lagi, cuma cara saja berbeza mengikut keperluan zaman. Tapi itulah cara yang paling relavan untuk mendidik jiwa muda zaman ini.Itulah Islam, yang sentiasa boleh digunapakai dalam apa jua bentuk dan keadaan.

Jadi bagi menjawab soalan mengapa ada segelintir masyarakat melayu yang terus menolak parti politik yang cuba menghidupkan Islam, aku rasa mereka sebenarnya x sedar mereka tersepit. Aku tahu, dalam fikiran mesti ada, takut nak ubah kerajaan, takut nanti apa yang kita nikmati terjejas. Sebab tu aku kata, penting untuk betulkan balik niat, yang nak diperjuangkan tu kebenaran ataupun kejahilan dan kekejaman secara halus.

Jadi disinilah kita boleh katakana Islam itu boleh sahaja terlibat dengan politik. Politik pun suatu perjuangan. Perjuangan perlukan bimbingan. Di sini Islam akan bertindak sebagai jalan raya, manakala politik sebagai kenderaan. Aku rasalah. Lagi sekali aku tekankan pendapat aku mungkin betul mungkin salah, kerana semua idea penulisan ini adalah hasil penelitian dan perkongsian daripada jawapan untuk soalan aku pada mereka ayang aku percaya lebih arif tentang Islam dan Politik.

Aku rasa sampai di sini sajalah. Kalau ada nak tulis lagi pasal politik ni aku tulislah memandangkan aku sudah mula minat politik.hehe



p/s:
aku duduk terkilan selepas keputusan PRU13. Ada suara yang concern tentang keadaan aku...

"xapalah.. kekalahan sudah dijangka sebenarnya bagi pihak kita. Perjuangan di jalan Allah itu sudah pasti berliku. Kerana disinilah letaknya hikmah perjuangan. Tingkatkan iman, bersabarlah, Islam pasti akan menang. yang benar pasti akan menang. Ini baru permulaan bagi 1 kebangkitan, bukan kemenangan bagi 1 parti politik, tapi kebangkitan untuk sesuatu yang lebih besar. Iaitu Islam".. aku lihat senyuman di akhir kata. Aku mengangguk. Aku juga tersenyum. Aku terfikir apa yang aku perlu buat. UBAH. ya berubah kearah yang lebih baik dan akan terus berusaha membentuk jatidiri Islam. In sha Allah. =)







Monday, April 29, 2013

World Kidney Run

Hari ni aku sertai World Kidney Run. Bila kena keluar rumah pukul 6.30 untuk sampai di putrajaya sebelum 7.30 aku rasa macam "oh ruginya cuti aku kena bangun awal pagi". Tapi rasanya x ada pula dengar orang kata pintu rezki ditutup sekejap pada public holiday untuk memudahkan orang yang bercuti supaya tidak rasa rugi untuk tidur, ataupun bagi menghargai cuti mereka.  Jadi aku rasa aku dah ditakdirkan untuk menghargai rezki di pagi ahad hari ini. Alhamdulillah...



Ini adalah Maryam Hafsah. Aku tidaklah begitu rapat dengan dia, tapi setiap kali aku jumpa dia, bila aku balik aku selalu akan merindui dia. Aku pun x pasti mengapa begitu. Baiklah samp[ai di sini sahaja. =)

 

Tuesday, April 23, 2013

Jiran dan radio dalam kereta

"banyak pahala untuk ibu yang memasak ni kalau masak dengan cara yang betul. Bila memasak x boleh membebel. Tukar bebelan dengan zikir dan selawat. Jadi setiap suapan makanan tu akan penuh dengan keberkatan. lepas tu pulak kalau nak masak untuk suami dan anak-anak, solat tu pastikan penuh. Sia-sia rezeki yang masuk dalam perut anak-anak dan suami kalau isteri masak tapi sembahyang x jaga. X dapat berkat. Sebab tu ulamak-ulamak jarang makan luar, sebab mereka jaga sangat bab ni. Daripada was-was kat luar, lebih baik makan air tangan bini yang dah sah-sah menjaga solat.

ini bab pagi tadi yang aku sempat dengar di ikim.fm. Rumah dekat dengan hospital, sebab itu selalu kalau buka radio paling banyak aku dapat tangkap dalam 1 perenggan saja. Enjin pun x sempat panas. Tapi nak buat macam mana, petang selalu hujan. Aku trauma dengan demam. Jadi aku pilih untuk tidak berjalan lagi.

Pasti jiran sebelah rindukan aku. Selalunya bila berjalan aku akan pintas dia. Disebabkan PR aku xlah begitu baik (sebab itu aku x jadi agen insurans atau jual produk kuruskan badan) selalunya aku akan bagi salam diikuti dengan "saya jalan dulu ya".. dan disebabkan tidak mahu keadaan menjadi canggung, selalunya aku akan cuba tingkatkan kelajuan berjalan supaya aku akan lebih jauh dihadapan. Mungkin kelihatan 'tidak baik' (hanya jika dia baca entri ini) tapi ini adalah hal yang aku fikirkan lebih baik daripada aku jalan bersaing dengannya tapi aku x tahu nak cakap apa. Atau lebih tepat aku x mahu lagu kegemaran aku diganggu dengan soalan yang direka-reka untuk kurangkan rasa canggung sesama sendiri...(oh ya, kalau berjalan aku akan dengar lagu kegemaran di handphone, kalau naik kereta aku lebih insaf, dengar ikim.fm.) hehe Aku tidak mahu stress di pagi hari.. alhamdulillah Allah hadiahkan aku senyuman. Kalau x mampu nak senyum lepas ayat kedua itu pasti aku antara staf yang akan dilabel sebagai "staf lemah PR". Oh ya Jiran aku adalah staf di bahagian management. Dan beliau adalah senior staf.

Jadi apa kena mengena jiran sebelah dan ikim.fm? ya. memang tidak ada yang mengena ngena. Tapi jika difikirkan balik ada juga. Cuba fikir dari sudut positif. Bila aku naik kereta, aku akan dengan radio. Mungkin satu hari nanti aku ditakdirkan dengar tajuk perbualan "bagaimana mahu tingkatkan PR anda", jadi aku akan dapat aplikasikan hal ini kepada jiran aku.

hmm..

Aku bukanlah penulis yang berbakat. Tapi aku juga mahu kongsikan sesuatu dengan orang ramai. Aku x tahulah macam mana orang lain boleh menulis dengan begitu baik dan matlamat cerita sampai, tapi aku rasa susah. Sebab aku tulis dari hati. Tapi orang lain pun menulis dari hati, tapi jalan cerita dan mesejnya sampai. Hmm..atau aku hanya menulis apa yang terlintas. Walaupun aku sudah fikirkan isi utama apa yang mahu aku tulis, aku akan tulis sahaja perkara merapu dalam kepala aku yang keluar seiring (atau lebih tepat mendahului) dengan perkara yang sepatutnya. Maafkan aku, sebebanrnya aku cuma mahu sampaikan, Jika anda mahu kenal dan faham Islam dengan lebih jelas, dengan lah ikim.fm. Ia sangat membantu.

Baiklah sampai di sini sahaja. Selamat malam =)

Monday, April 22, 2013

selamat ulang tahun sayang (^.^)

Happy anniversary sayang (^.^)

terima kasih untuk segalanya. terima kasih untuk semua. 

x boleh tulis panjang lagi. lagi seminit nk pukul 12 mlm. nnt x ada dah 22.4.13.

k bai

Tuesday, April 9, 2013

relax tetapi kompleks

Aku tak suka menilai orang sebab aku x suka orang menilai aku. Aku suka pada perasaan neutral terhadap orang lain, perasaan tu rasa macam lapang. Aku suka.

Tapi aku ada masalah suka membaca fikiran orang. Entahlah. Mungkin sebab masa belajar dulu aku dilatih untuk memerhati semua perkara. Perhatikan tingkah laku orang, perhatikan emosi orang, perhatikan gaya bercakap orang, perhatikan cara orang respon pada kita semasa berbual. Kalau dalam klinik mungkin bagus, tentu tentu dapat membantu report aku, tapi bila terbawa-bawa dalam kehidupan seharian tu yang aku rasa akan jadi masalah. 

baiklah aku bagi contoh kat sini:

1. bila aku buka facebook, setiap satus yang aku terpandang dan terbaca, aku akan terbayang, kenapa dia keluarkan status tu, apa dia buat masa dia keluarkan status tu, apa perasaan dia bila dia keluarkan status tu. Contoh ya contoh. Serius aku akan terbayang semua tu, sampai kadang-kadang aku terbayang macam mana gaya dia taip masa tu. Sangat mengganggu, kalau 5 orang yang berbeza keluarkan status, mau penat otak aku.hm.. jadi aku berharap agar kawan-kawan facebook aku x keluarkan status yang kompleks, contohnya hal perasaan, sebab aku akan fikir lebih dalam lagi... tapi hal ini tidak boleh salahkan orang lain, sendiri yang susahkan diri.

2. Jika aku pergi seminar, aku akan terganggu untuk 10-15 minit pertama. Aku selalunya akan tengok keseluruhan pasal penceramah itu. Bila aku akan dapat rasakan sesuatu yang pelik, aku akan tumpu pada benda tersebut. Contohnya bila aku dapat rasakan perasaan neves pada suara penceramah tersebut, aku mula akan fikir bagaimana dia akan menghadapi saat itu, berapa lama dia akan ambil untuk selesaikan masalah dalamannya, mampu x dia nak habiskan talk tersebut...aaaarrgghhh...!! 

ya.. itu antara contoh. Apa yang aku fikir mungkin betul, mungkin salah. tapi selalunya betul. Masalahnya hal ini akan mengganggu fokus aku pada perkara yang sepatutnya. Nak kata perbuatan ni macam lagha, x juga. Mungkin ada baiknya, mungkin kita akan dapat menjadi seorang yang sensitif terhadap seseorang sebab kita cuba untuk bersatu dalam fikiran dan perasaan mereka (amboi macam lirik lagu), tapi akan ada masa yang terbuang di situ, dan mungkin akan memberi bebanan pada otak juga. Patutlah aku kuat makan, mungkin juga disebabkan otak kuat bekerja (selingan untuk menenangkan hati).

Jadi, itulah antara sebabnya aku seperti seorang yang perahsia, seorang yang tidak banyak bercakap, tidak terlalu terbuka, sebab aku fikir orang lain juga akan buat seperti aku buat. Sedangkan orang lain x kan buat pun macam ini, seperti menyusahkan diri sahaja.. hmm... tapi aku harap orang tidak akan takut berkawan dengan aku. Bukanlah tiap masa sangat aku terfikir, cuma elakkan berkelakuan ganjil. Lebih senang jika sentiasa bersikap relax. (ini adalah tips)

baiklah, sampai di sini sahaja. selamat malam (Di saat menulis entri ini aku tidaklah begitu tertekan pun sebenarnya dengan masalah ini, aku sekarang tengah berusaha habiskan sayur yang aku terlebih masak sambil minum teh secara relax..hehehe)

Friday, March 29, 2013

dan suara pun hilang....

assalammualaikum :)


hampir seminggu aku demam, hilang suara. Speech Language Pathologist yang hilang suara adalah seperti seorang architect kehilangan kedua-dua belah tangan. Seperti pemain bola yang kecederaan kaki. Seperti pekerja lab mikro yang kehilangan penglihatan.

Suara seorang SLP adalah aset paling penting. Aku sudah terfikir, jika suara aku tidak mampu pulih seperti suara asal aku, aku akan berhenti kerja dan jadi penjual bunga di bawah pokok. Tapi dengan musim hujan serta ribut petir sekarang nak jual apa-apa di bawah pokok adalah sama sekali tidak masuk akal. Hmmm...

Aku x pernah hilang suara. Jadi bila sekali terjadi, ada beberapa perkara yang aku rasa sangat terbatas. Hal ini adalah seperti:

1. Dalam sesi terapi, aku terasa seperti seorang yang sangat tidak berfungsi.

2. Aku tidak dapat telefon mak ayah aku kerana mereka tidak nampak pergerakan mulut untuk meneka apa yang aku kata.

3. Aku tidak dapat cakap I LOVE U pada suami aku.

4. Aku kena mengaji dengan cara berbisik. Dan ini sangat mengganggu keadaan pita suara aku. Sebab bila angin lalu pada pita suara aku rasa asyik mahu terbatuk.

Ini adalah antara perkara yang paling penting aku fikirkan. hmm...rasanya itu sajalah. Aku pun sudah mula terbatuk-batuk. Susah mahu menaip. Kurang senang perasaannya. Oklah sampai di sini sahaja, doakan aku :)

Sunday, March 17, 2013

dia bawa kekuatan pergi...

Silap betul bila tertidur waktu petang. Bila malam terkulat-kulat. Seorang diri. Disebabkan aku x pandai adjust tidur dengan pusing kiri pusing kanan, bila aku rasa x boleh tidur untuk 1 posisi selesa aku, aku terus bangun buat kerja lain. Seperti memblog.

Aku rasa sedih, rasa perasaan yang x kena, susah nak terangkan. Aku fikir. Sampai saat ni aku masih perlu berjuang. Berjuang untuk menambahkan elemen gembira dalam hidup aku, sekurang-kurangnya perlu ada sepanjang waktu sedar aku seharian.

Bila suami aku di sisi, aku rasa bahagia, gembira. Aku ketawa dia ketawa. Aku menyanyi dia menyanyi. Aku peluk dia dan gerakkan kaki menari romantik dia ikut menari, aku mengacau dia melayan, aku mengantuk dia hulur lengan,  cuma bila aku sedih, dia perlu kuat untuk neutralkan rasa sedih aku. Bila dia pergi jauh, aku rasa dia bawa kekuatan yang aku ada bersama-sama. Aku hilang dia sekejap sementara berjauhan, aku macam hilang kekuatan jugak. Ya Allah... :'(

Sedih, murung, menangis, melayan emosi negatif, itu bawa penyakit. Tapi jujur aku cakap, perasaan gembira tu lah antara perkara paling susah untuk aku usahakan bila suami x ada di sisi.

Kalau aku x boleh nak rasa gembira, sekurang-kurang nya aku perlu berjuang untuk rasa kuat. Maksud aku, ada di skala tengah antara sedih dan gembira pun dah cukup dah. Kira macam bertahan lah kot. Zikir. Zikir memang dapat membantu, supplement merawat jiwa yang lemah.

Walaupun aku rasa x lalu nak tengok video klip hafiz hamidun sebab banyak sangat tunjuk gambar muka dia, tapi sedikit sebanyak aku berterima kasih pada beliau sebab saat2 aku rapuh macam ni lah aku akan cari zikir yang dia rakamkan. di sini aku ingin selitkan pesanan untuk hafiz hamidun: mungkin lebih menarik jika dipaparkan keindahan alam di sekelilin sahaja di dalam video klip. Bukan apa, takut ada yang menaruh hati pada hafiz nanti macam lain pula jadinya. hmm mungkin aku yang terlalu banyak berfikir. X ada masalah kalau dengan mp3 sahaja kan. entahlah..

Sarah, bertabahlah mengharungi ujian dunia. Dia menguji tanda Dia sayang. Sabarlah sarah, di penghujung sabar pasti akan ada ganjaran. Allah swt x pernah memungkiri janji :')


Friday, March 15, 2013

X lalu nak reply mesej

Mula-mula ok lagi bila patient minta nombor telefon katanya nanti senang kalau x dapat nak contact hospital boleh direct je contact aku. Bila dua orang mintak aku ok jugak lagi. Bila tiga empat lima enam tujuh lapan dan seterusnya, aku mula serabut. Nak kata tidak tu yang x pandai. Sarah saraaaaahhhh...... -_-

Jadi, kita perlu ingat bahawa ada perkara yang kita perlu kawal dari awal supaya perkara yang kita mulakan tanpa fikir panjang tidak akan memakan diri kelak. Mendisiplinkan anak-akan adalah penting dari peringkat awal supaya dia pandai cakap terima kasih bila orang beri gula-gula. *tiba-tiba xada kaitan pon*

k bai.

Monday, March 11, 2013

gosok gigi jangan selalu sangat

as salam..

baru-baru ini ada salah seorang dari rakan sekerja aku mengadu sakit gigi. Katanya gigi dia selalu rasa mengilu. Tapi bila dia mengadu pada aku, aku hanya mampu bertanya soalan selanjutnya mengenai kesakitan yang dia alami. Jarang sekali aku terus menyelesaikan masalah. -_-

Tapi rakan aku terus merujuk perkara ini kepada bos aku. Anda di luar sana jangan cuba perkara ini kerana bukan semua bos dapat menerima hal sakit gigi sebagai soalan ketika waktu kerja. Kami beruntung kerana kebanyakan masalah yang x dapat diselesaikan, bos kami mampu sekurang2nya memberikan galakan positif.

Sebenarnya ada inisiatif yang telah telah rakan aku buat sebelum jumpa bos, iaitu menggigit cincin besinya. Dengan tindakan pelik ini, agak2 korang dapat fikir x siapa rakan aku ini? hehe x pernah terfikir aku mahu menggigit besi ketika sakit gigi. Katanya kesakitan itu perlu dibumikan. Mengilu itu mungkin terdapat cas berlebihan, jadi perlukan sesuatu untuk meneutralkan cas itu seperti menyalurkan cas pada cincin yang digigitnya. Patutlah dia layak menjadi MPP di matrik Labuan dulu. Hebat sungguh pemikirannya.

Baiklah, berbalik pada bos aku tadi, dengan semangatnya dia menerangkan perkara yang mungkin menyebabkan kesakitan pada gigi rakan aku tadi..

"cek balik kandungan ubat gigi yang awak gunakan. Setiap ubat gigi ada mengandungi silika untuk memutihkan gigi. Kandungan ini lah yang berfingsi memutihkan gigi. Akibatnya gigi menjadi semakin nipis akibat kesan hakisan. dan seterusnya aku menjadi lebih sensitif"

Tiba-tiba aku pula jadi takut. Antara hobi aku adalah menggosok gigi. X tahulah kenapa. Suami aku juga turut terganggu dengan hobi aku ini. Kalau diukur entah nipis mana gigi aku pun tidak tahu. Kemudian aku tanya'

" habis tu kalau nipis nanti boleh ke dia jadi ok balik, ke dia akan semakin nipis dan akhirnya......"

"oh x...dia akan pulih semula. tapi makan masa. Kalau nak cepatkan proses atau kuatkan gigi gigitlah benda yang keras"

aku.." haa?" entah kenapa aku rasa seperti ini sangat dongeng. X kena pula rasanya gurauan ini pada ketika kami tengah serius memikirkan nasib gigi kami. Tapi dia tetap ada penjelasan

"awak fikir logik je senang. Macam mana kita nak kuatkan otot kita? dengan exercise kan? Otot perlukan sebab untuk dia membesar atau tambah kuat. Bila kita exercise, otot rasa perlu untuk dia menjadi lebih kuat untuk menampung tekanan exercise. Macam tu jugak dengan gigi. Dia perlukan sebab untuk menjadi lebih kuat seperti adanya tekanan."

begitu rupanya. Namun aku terus dihantui perasaan takut akan akibat gosok gigi secara kerap sampai sekarang. Sudah 26 tahun baru tahu akan hal ini. Seperti sudah terlambat. Esok kena beli susu. kbai.


::ini adalah bilik aku. Di situlah kejadian borak-borak selalu berlaku::

Monday, March 4, 2013

Kisah Fatimah rakan sekerja dan isu politik dan Islam

Sejak kebelakangan ini Fatimah (sila rujuk sini kalau tidak kenal dia) akan masuk bilik aku di ofis pada waktu pagi dan dia secara automatik akan update isu terkini pada aku. Perkara ini membuatkan aku tertanya-tanya. Adakah dia telah membuat pemerhatian terhadap aku dan dapati aku sangat kurang pengetahuan tentang isu semasa? ataupun adakah dia berasa seronok bercerita kepada aku kerana aku selalu memberikan respon positif seperti mengangguk banyak kali dalam 1 ayat membuatkan dia sangat yakin bahawa aku dapat menerima mesej yang selalu ingin disampaikan.

aku x nafikan, kadang-kadang aku secara tidak sedar akan ambil pen dan menulis sedikit tentang perkara-perkara atau nasihat yang dia berikan. Mungkin pada waktu itu aku berasa seperti aku menghadiri usrah yang menarik. Masalahnya selepas aku tulis aku sudah lupa kertas mana yang aku conteng. Harap Fatimah tidak tahu akan hal ini.

Perkara yang terbaru dia update tentang isu politik. Seperti yang aku katakan, penceritaan Fatimah selalu buat aku rasa kagum. Orang lain juga bercakap pasal politik, tapi aku tidak tertarik kerana orang lain suka bercakap berdasarkan emosi. Tetapi Fatimah berjaya memahamkan aku isu politik terkini melalui peringkat paling dasar sehingga kemana kita harus bawa politik sampai peringkat klimaks (ini adalah peringkat akhir zaman dan menyentuh hal agama). Ayat di atas disebut oleh fatimah, sebab itulah kelihatan bergaya, kalau aku tambah pun mungkin pada imbuhan atau kata penyambung sahaja. hee..

Habis sahaja dia bercerita aku pun kata "oo macam tu... baguslah..aku update cerita selalu dari ko je". Sambil senyum ikhlas. Tapi entah kenapa aku rasa x sedap hati pula lepas cakap macam tu. Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dan ayat itu seperti memakan diri sendiri.

Kemudia dia jawab "hahaha..ko memang..xpelah.. update lah sikit2. Bacalah mana2 info kalau sempat. Jangan x update langsung dah la. Sebab semua yang kita lalui ini perjuangan. Ambil tahu serba sedikit, fahamkan. Kat mana kita mahu bawa Islam di akhir zaman ni. Kat mana kita boleh tolong kita tolong."

Ayat-ayat dia begitu menusuk. Memang benar rasa hati aku. Dari kata-kata dia aku rasa dia sedikit kecewa dengan aku. Namus seperti biasa aku akan mengangguk tanda setuju. Mujur tiada pen saja, kalau tidak tentu aku dah menulis kata-kata dia dia atas kertas. Tapi lihatlah, x tulis pun aku masih mampu menulis di sini, memang melekat betul kata-kata dia di kepala aku. hee

baiklah sampai di sini sahaja. Sebenarnya point yang paling penting dalam entri ini adalah kata-kata dari Fatimah itu. Sebagai khalifah di muka bumi ni, kita jangan hidup dalam dunia kita sahaja. Ada perkara yang perlu kita bawa ke akhirat, jadi sumbanglah jasa pada Islam walaupun sedikit. Wallahhualam... :)

Sunday, February 24, 2013

Memory Exercise

assalammualaikum :)


mulakan ayat dengan suatu yang positif sebab aku akan bercakap tentang sisi negatif aku untuk kali ini. Ya. Perkara yang paling jelas tentang aku adalah aku mudah lupa. Aku x rasa sebab aku orang melayu,  jadi  x menjadi isu besar jika mudah lupa, kerana mereka kata melayu mudah lupa. Tidak adil pula rasanya bagi ramai lagi orang melayu yang kuat ingatan. hehe

Aku sedar, perkara yang selalu buatkan suami aku kecewa tentang aku adalah kerana hal ini. Walaupun setiap kali aku meminta maaf jika terlupa pada perkara yang sepatutnya aku ingat dan dia hanya katakan "xpe..lain kali jangan buat lagi..." dalam nada yg sangat bersabar (ini adalah kekuatan suami aku. tahniah sarah), tapi aku akan rasa gementar, sebab aku tau perkara "lagi" itu ada potensi yang besar untuk jadi. pfff~

Mak aku kata hal ini adalah hal keturunan kerana mak aku kata dia juga mudah lupa. Comel sungguh mak dengan idea tu, aku tau kenyataan itu lebih kepada untuk menjaga hati aku. Jelas sekali mak aku mudah lupa kerana usianya. Itu adalah normal untuk manusia yang meningkat usia. Tapi anak mak ini baru berusia 26 tahun. Kalaulah prof Muhaya tahu akan hal ini, pasti dia akan buat 1 sesi ceramah tentang "APA NAK JADI ANAK MUDA MUDAH LUPA". 

Sebenarnya aku sengaja wujudkan entri ini supaya aku berfikir kenapa hal ini sangat menghantui aku. jadi hal ini dapat membantu aku mencari idea untuk menulis blog, xkan lah asik nak copy paste tulisan orang letak disini. baiklah aku letak link2 blog orang saja sebagai rujukan kaaannn...

Aku fikir, perkara lemah ingatan ini terjadi akibat aku tidak fokus pada sesuatu perkara itu. Atau lebih senang dikenali sebagai 'kelam kabut lalu tidak fokus'. Selain itu, mungkin juga disebabkan aku kadang2 terminum air yang ada semut, sebab aku selalu hanya perasan air yang aku minum ada semut bila air tinggal 1/3 dari segelas yang aku minum. Hal ini juga adalah kerana aku sambil lewa tanpa perhatikan betul2 minuman itu. Jadi dapat disimpulkan disini, lemah ingatan aku adalah kerana 

1. kelam kabut lalu tidak fokus
2. minum air yang ada semut mati di dalamnya
3. sambil lewa tanpa perhatikan betul2

EXERCISE UNTUK KUATKAN INGATAN

hehe..aku sengaja buat seperti tajuk di tengah tengah entri sebab aku rasa banyak betul aku menulis di atas. Jadi untuk elakkan orang penat baca, aku letakkan point yang kononnya aku rasa orang akan fikir rugi jika tidak teruskan membaca :P

baik, ini adalah cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan daya ingatan.

Sebelum tidur, ingat balik apa yang kita lakukan sepanjang hari. Secara detail. Bermula sejak celik mata sampailah saat kita hendak tidur. 

perkara ini akan meningkatkan daya ingatan. Hal ini telah dilakukan olen pengkaji2 dari barat.

Dan aku terfikir, Islam itu sendiri lebih dekat. Lebih lama dah mengajar kita untuk tingkatkan daya ingatan. Sebab aku ingat dari zaman aku kira aku pandai berfikir, aku selalu dengan orang kata, sebelum tidur ingat balik semua perbuatan kita. Perkara baik, perkara buruk yang kita lakukan. Muhasabah diri. Tiba tiba aku rasa mahu tukar tajuk entri kepada 'muhasabah diri' pula. hehe sungguh x istiqamah. 

baiklah sampai di sini sajalah. semoga kita dapat mengaplikasikan cara ini. berrsama kita menigkatkan daya ingatan kita, supaya menjadi muslim/muslimah yang lebih cemerlang terbilang. kbai =D 



RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI








Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...


sumber: www.halimislam.com

Tuesday, February 19, 2013

Allah sedang berbicara...



Agar keikhlasan itu boleh dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang yang di luar bayangan dan jangkaan kita. 

kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). 

Musibah itu ada tujuannya.



Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS. ... SABAR dan IKHLAS itulah Islam...


-Aku Terima Nikahnya 2
Bercinta  Sampai ke Syurga-

Sunday, February 17, 2013

sahabat jiwa

assalammualaikum.

dikesempatan ini saya ingin memperkenalkan sahabat jiwa saya. 


1.


Nama beliau adalah Najjia Liyana imtiaz. Nama yang bergaya, anggun dan menawan. Masih tiada mana-mana cerita di TV yg menggunakan nama sebegini. kami berkawan sejak sekolah menengah. Saya sukakan dia kerana dia cantik. Walaupun pada hakikatnya dia adalah juga seorang yang baik, mesra dan sentiasa membuat saya berasa selesa bila bersama. 
Kami juga berkongsi pengalaman dimarahi guru besar kerana menyanyi di blok sekolah ketika habis waktu sekolah. Hal ini seringkali kami ungkit sampai sekarang kerana kami tidak tahu kesalahan dalam akta apa tidak boleh menyanyi di dalam sekolah selepas habis waktu sekolah. Kami juga suka menaiki basikal bersama-sama ke sekolah secara bersaing. Hal ini menjadi isu bagi guru bahasa melayu kami pula kerana beliau naik kereta besar, saya sudah lupa kereta apa, dan beliau selalu memberikan kata-kata sinis untuk menyedarkan kami supaya tidak bersaing menaiki basikal, kereta besar susah hendak lalu. Sebenarnya banyak lagi kisah, tapi x apalah. 

Perkara yang saya paling suka tentang beliau adalah kerana dia sukakan saya. Bunyinya seperti pelik, tapi ini adalah hakikat yang buatkan saya rasa terharu. Ini adalah seperti perkara yang terjadi di dalam gambar. Gambar saya dijadikan wallpaper. Selain itu dia juga suka senyum kepada saya dan suka semua perkara yang saya suka. 

Harapan untuk najjia:  ini adalah ruangan untuk membuat ucapan. ucapan saya, semoga dia mendapat jodoh yang baik dan beriman seperti yang diharapkan. walaupun pada hakikatnya saya juga tidak tahu apa status dia yang sebenar. Kerana saya seorang yang pemalu untuk bertanya tentang kisah cinta orang. hehe 



2. 

Ini pula adalah Siti Fatimah. Rakan sekerja saya yang mempunyai saiz badan yang lebih kurang dengan saya. Tetapi dia lebih kurus, hal ini selalu mengganggu fikiran saya. Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi saya pernah terbaca, jika ada perkara yang kita rasa tidak senang hati pada seseorang tanpa sebab, hal ini adalah kerana cemburu. Ya, mungkin sebab cemburu dengan beratnya yang cuma 45kg. tapi saya sentiasa meyakinkan diri, xapa, orang dah kawin kena berisi sikit. hehe

Baiklah berbalik kepada watak, fatimah adalah seorang yang unik pada saya. Saya selalu tertarik dengan bahasa sabahnya. Dia juga seorang yang kelakar di samping ilmu agamanya yang agak mantap sering membuat saya kagum. Perkara yang saya x boleh lupa tentang fatimah adalah ketika kami mendapat seorang patient arab, patient ini menangis dan kami sangat kaget kerana kami tidak tahu bertutur bahasa arab, tiba tiba dia kata "la tahzan" ( ini adalah tajuk buku yang popular, 'la tahzan, jangan bersedih', begini tajuknya). Tiba-tiba patient itu berhenti menangis secara perlahan-lahan, kemudian kami tertawa kerana tajuk buku sahaja mampu membantu kami berkomunikasi dengan orang asing. 

Fatimah juga seorang yang sangat jujur. Jika suka dia akan kata suka, jika x suka, dia akan kata x suka secara direct. Saya x pasti ini adalah perkara yang buatkan saya sukakan dia atau pun tidak. Kerana jelas sekali kadang-kadang saya terguris dengan jawapan jujurnya, tapi dia bersifat jujur. Sifat jujur adalah sifat Nabi kita. Jadi jelas sekali saya perlu sukakan sifat dia ini. hehe

Harapan: Oleh kerana fatimah sering berharap jodoh dia sudah dekat, saya juga berdoa agar dia dijodohkan dengan seorang yang beriman dan soleh. Walaupun dia selalu kata x mahu suami yang hensem, saya berdoa agar dia mendapat suami yang hensem seperti saya juga. hehe

baiklah sampai di sini sajalah. Nanti saya sambung lagi. 





Wednesday, February 13, 2013

Permata Buat Isteri - reply





Telah kusiapkan

Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri 



reply: 

telah kusiapkan
diri untuk melangkah
sepenuh jiwa menyerah
sebagai isterimu 


Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang 



reply:

untuk kau sambut dengan kemuliaan
seorang lelaki
untuk kau hadapi dengan ketenangan
untuk kau penuhi dengan kasih sayang




Ku ingin kau jadi wanita mulia

Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami 



reply:

kau sebagai suami dengarkan
aku sentiasa belajar mempercukupkan
sebagai isteri sejati kepada suami




Kerana engkau isteri...

Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan 
Yang kita janjikan 
Kerana kau isteriku 



reply:

Kerana engkau suami...
ku ingin kau mengerti
bahwa kita akan hadapi bersama segala di hadapan
seperti yang engkau harapkan
kerana aku isterimu..












original reply dari suara hati isteri, 

sarah.