Wednesday, February 13, 2013

informatif vs introvert

Bismillah...

saya kembali lagi. Dengan semangat baru. Dengan cerita-cerita yang mungkin lebih matang selepas ini. Melangkah je dari 25 tahun (ini adalah tahun impian untuk kanak-kanak perempuan berangan, konon nya paras rupa akan tahap cantik maksimum, kurus jelita, muka ala ala princess. tapi sedarlah adik-adik, timun xkan berubah menjadi ubi keledek. Aku bersyukur siapa aku sekarang). 

eh?? oh ya, inilah cara aku bercerita, melompat-lompat. ok, melangkah sahaja umur 25 tahun, bagi aku seseorang itu patut menjadi wanita matang yang tidak toleh ke belakang lagi, tidak mengenang kisah kegelapan, tidak menjadikan kenangan pahit sebagai penghalang untuk terus mencapai bahagia. cewahhh...ni lah contoh ayat matang, agaknya lah. 

Tiada post2 dahulu lagi. Aku masih mencari sebab kenapa aku membuat keputusan untuk menjadikan blog ini seperti baru dengan mendelete semua post2 terdahulu. 

Aku bercita-cita untuk menjadi seorang yang informatif di sini, kerana realitinya aku seorang yang introvert di dunia nyata. 

untuk merealisasikan impian, aku tinggalkan sesuatu yg boleh dikira informatif di sini.

1. untuk kekalkan bentuk badan yang menawan, sentiasa makan hanya 300 kcal untuk breakfast. Ingat, untuk makan pagi. 

macam mana nak tau? tanya mak mungkin beliau x dapat nak jawabkan. boleh lah cek di plastik pembalut jika makanan itu adalah roti, atau pek milo.  kalau makan mi? makan roti canai? kalau agak susah sangat nak tanya mamak kedai pun x dapat nak jawab, google je lah, kata pakai smart fon, x kan lah xboleh nak google. Lain lah macam hempon aku, mahal saje tapi internet ada bila ada wifi percuma saje. Ini adalah unik. hehe

oklah, sampai di sini sahaja untuk pembukaan blog. slamat malam =)