Tuesday, November 25, 2014

Makan puas-puas

Rupa-rupanya bila nak naikkan berat badan pun boleh buat tertekan.

Patut la diana danielle relax je ramping lepas bersalin.

Thursday, October 16, 2014

Bila kau ada anak - Part 2

Bila kau dah ada anak,

Kau akan belajar banyak benda. Kau akan berubah ke arah yang lebih baik. Kau akan belajar tentang sabar, tentang tolak ansur, tentang ambil berat, tentang cara nak buat orang lain gembira, tentang pengorbanan, lebih daripada apa yang kau akan belajar masa hanya ada suami.

Sebab tu, anak ni rezeki.

Sebab tu, anak tu pengikat kasih suami isteri.

Sebab tu, jaga anak bukan jaga suka hati.

Sebab tu, AKU BERENTI KERJA. HAHAHAHAHA...

aku tak kisah. Rezeki ada kat mana-mana.

Kan?

Ok lah. Qailullah jom. Kejap lagi zuhur. Anak tidur dah ni. ZZZzzzzZzz

Sunday, October 12, 2014

Bila kau ada anak

Bila kau dah ada anak,

Kau akan tahu nikmatnya lelap mata di tengah hari walaupun 10 minit.

Bila kau dah ada anak,

Kau akan tahu ruginya bila tidur lama-lama sekali dengan anak. Rugi masa yang sepatutnya kau boleh guna untuk terapi diri sendiri. Err...macam enjoy tengok ikan kat aquarium sambil makan biskut??..

Bila kau ada anak,

Walaupun kau wasiatkan suami untuk jaga anak untuk berjuang di dapur (padahal goreng ikan je), setiap 3 minit kau akan tengok juga anak tu. Bukan tak percaya suami, tapi... tak percaya sebenarnya. Betullah tuuu..hahha (ok bab jaga anak je).

Bila kau ada anak,

Kau akan selalu ada sesi luahan hati dengan suami sebab kau akan kurang tumpu pada suami pada waktu-waktu perdana. (biasanya waktu pagi. Aku sarankan pagi sebab masa ni otak dah refresh. Kalau ada dendam pun dah lupa. Tapi macam biasa sebelum tidur minta maaf siap2 pasal aku tak jamin siapa2 dapat tengok dunia lagi esok harinya). Amboi panjangnya. Ok masih bab luahan hati. Tambah-tambah lagi kalau anak masih bawah 2 tahun.

Bila kau ada anak,

Automatik kau akan jadi mudah mesra dengan orang. Aku tak tahu yang ini disebabkan peralihan status, atau bertambah keluasan topik perbualan. Tapi selalunya aku perhati anak akan jadi topik utama bila jumpa orang, samada baru kenal atau dengan kenalan lama. Paling best kau boleh tune out kan topik perbualan melayu kuno yang asik bercakap pasal orang lain atau asik tanya berapa gaji kau. Aku cukup benci bab2 ni. Ok lets maintain the positive vibes.

Bila kau ada anak,

Eh anak aku dah bangun tidur lah! Bila ada masa nanti aku sambung. Hahaha okbai! ***bila kau ada anak kau dah kurang berjalan, banyak berlari dalam rumah. Seriously.



OK BABY, IBU DATANG NI!!!!!

Monday, September 8, 2014

Update issue. Hehe

Assalammualaikum :)

Lama tak jenguk blog. Hidup makin sibuk sejak jadi surirumah. Tapi bila jadi surirumah ni entahlah rasa macam dah taknak kerja balik je. Heheee...

Besarkan anak depan mata. Tengok suami pergi kerja, jemput suami kat pintu balik kerja. Tipikal surirumah. Tapi bukan semua orang ada rezki macam ni. Walaupun dah tak pegang duit sendiri, alhamdulillah rasanya rezeki jadi surirumah ni rasa lebih disyukuri.

Emm nak merepek pun dah tak berapa ada idea. Sebagai kesimpulan,

Hannah Jasmin dah masuk 5 bulan lebih.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahhuakbar.

Semoga bahagia kami sekeluarga berkekalan. Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan. :)

Saturday, May 17, 2014

Bunga Hati

Bunga,

Selalu ingat pesan ibu

Dalam tiap sesuatu

Utamakan Allah yang satu

Bunga akan jumpa apa yang bunga cari

Paling tak sekalipun

Pasti yang terbaik untuk bunga

Sebab

Allah sentiasa tau..



Macam hadiah Bunga dari Allah untuk ibu :)


Friday, May 9, 2014

Rumput sepi
Dalam diam menanti hujan

Rajuk dia tak siapa peduli
Kerna bukan dia yang paling tinggi berdiri

Akhirnya malas peduli lagi
Biar hujan turun sendiri

Walaupun perlu tunggu awan penuh
Baru muncul tanda hujan
Rumput jangan lupa
Hujan bukan raja
Hujan titisan air yang dikurnia

Hujan
Takkan biar rumput mati
Walaupun esok masih panas.

-sedang cium bau hujan, tidurkan si bunga ibu-

Saturday, May 3, 2014

Aku.. rapuh.

Hari teduh...

Jiwa runtuh...

Hati rapuh...

Aku tak kuat, untuk terima sesetengah hakikat

Hakikat yang susah nak ditelan

...setiap yang datang akan pergi

...Setiap yang bernafas akan mati

Kepergian dia sangat terkesan

Sangat-sangat

Memori aku masih penuh dengan dia

Tutup mata untuk lupa. Tapi fikiran masih untuk dia

Aku harap aku tabah. Aku harap aku bertahan.

Kerna pergi yang ini takkan kembali

Semoga Allah merahmati mu di sana. Semoga Allah menempatkanmu di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh......semoga Allah mengampunkan segala salah silapmu..... paklong.

Al-FATIHAH... Hamidi bin Ariffin :'(

Wednesday, April 23, 2014

Sentuh Sempurna

Tuhan tak jadikan manusia sempurna.

Tapi kita boleh rasa sempurna.

Macam mana?

Bersyukur.

Takkan nampak lagi ketidakcukupan.

Takkan jelas lagi kekurangan.

Tengok, kan dah kata Allah tu Maha Adil?

Thursday, April 10, 2014

BUNGA

Bunga

Sudah 7 hari tumbuh segar

Semoga terus mekar

Dan tunduk pada penciptaNya

Bunga

Pengikat kasih ibu abah

Yang terbaik pernah kami ada

Ya Allah Kau lindungilah dia

Dari semua kejahatan dunia..

Bunga

Teruslah berseri

Seperti nama diberi

Hannah Jasmin binti Mohd Fitry ♥

Monday, March 10, 2014

antara risiko dan pengorbanan

assalammualaikum.. :)

bagi salam kat blog sendiri. Sebab lama sangat sudah tidak ziarahi dia. rasa macam nak menulis pun tunggang langgang, hampir lupa macam mana tatabahasa bahasa melayu (sampai perlu google makna grammar dalam bahasa melayu..hehe)

Sejak mengandung ni rasa masa cepat saja berlalu. Sampai nak tengok blog pun tidak ada masa. Macam tu juga aku harapkan bila ada anak nanti sampai nak jenguk fesbuk pun tidak ada masa...heheh.. ye ke ni saraahhh... *jeling guna ekor mata*

Sebenarnya aku tengah fikirkan tentang suatu perkara. Hal ini berkaitan pengorbanan. Untuk memendekkan entri, aku cuba simpulkan masalah yang aku tengah fikirkan..

"memang hidup perlukan pengorbanan. Kadang-kadang terus berjalan di atas jalan yang sama seperti orang lain juga adalah satu pengorbanan kerana walau di atas jalan yang sama, bebanan atau ujian yang kita lalui tidak sama. Pengorbanan di sini adalah berkorban untuk terus selesa berada di atas jalan yang sama, tapi pada masa yang sama kita hanya mampu melihat dari jauh apa yang kita impikan. sudah tentulah impian itu berada pada jalan yang lain, kalau tak tidaklah menjadi satu cabaran pula.

yang kedua, mengambil risiko untuk cuba mencari jalan yang lain, korbankan jalan kebiasaan. Di antara tidak nampak apa yang bakal berlaku di hadapan dan mungkin mendapat tentangan orang ramai, ini lebih berisiko sebagai satu pengorbanan". 

emm..sebenarnya tidaklah menjadi masalah pun. Cuma perlu fikirkan baik buruk sahaja. Dan seperti biasa, sebagai seorang Islam, apa yang nak ditakutkan selama mana kita ada tempat bergantung dalam hidup, iaitu Allah SWT.

Lihat, sebab itu aku suka menulis. Rupa-rupanya aku sudah menjawab soalan yang aku fikirkan tadi. hehe

sampai di sini sahaja. Sekurang-kurangnya lain kali bila jenguk blog ni adalah tarikh 2014. hehe