Monday, March 10, 2014

antara risiko dan pengorbanan

assalammualaikum.. :)

bagi salam kat blog sendiri. Sebab lama sangat sudah tidak ziarahi dia. rasa macam nak menulis pun tunggang langgang, hampir lupa macam mana tatabahasa bahasa melayu (sampai perlu google makna grammar dalam bahasa melayu..hehe)

Sejak mengandung ni rasa masa cepat saja berlalu. Sampai nak tengok blog pun tidak ada masa. Macam tu juga aku harapkan bila ada anak nanti sampai nak jenguk fesbuk pun tidak ada masa...heheh.. ye ke ni saraahhh... *jeling guna ekor mata*

Sebenarnya aku tengah fikirkan tentang suatu perkara. Hal ini berkaitan pengorbanan. Untuk memendekkan entri, aku cuba simpulkan masalah yang aku tengah fikirkan..

"memang hidup perlukan pengorbanan. Kadang-kadang terus berjalan di atas jalan yang sama seperti orang lain juga adalah satu pengorbanan kerana walau di atas jalan yang sama, bebanan atau ujian yang kita lalui tidak sama. Pengorbanan di sini adalah berkorban untuk terus selesa berada di atas jalan yang sama, tapi pada masa yang sama kita hanya mampu melihat dari jauh apa yang kita impikan. sudah tentulah impian itu berada pada jalan yang lain, kalau tak tidaklah menjadi satu cabaran pula.

yang kedua, mengambil risiko untuk cuba mencari jalan yang lain, korbankan jalan kebiasaan. Di antara tidak nampak apa yang bakal berlaku di hadapan dan mungkin mendapat tentangan orang ramai, ini lebih berisiko sebagai satu pengorbanan". 

emm..sebenarnya tidaklah menjadi masalah pun. Cuma perlu fikirkan baik buruk sahaja. Dan seperti biasa, sebagai seorang Islam, apa yang nak ditakutkan selama mana kita ada tempat bergantung dalam hidup, iaitu Allah SWT.

Lihat, sebab itu aku suka menulis. Rupa-rupanya aku sudah menjawab soalan yang aku fikirkan tadi. hehe

sampai di sini sahaja. Sekurang-kurangnya lain kali bila jenguk blog ni adalah tarikh 2014. hehe